Artikel


MASA UNTUK EMAS

Begitu ramai orang yang melabur inginkan pulangan dan keuntungan yang besar. Ada juga yang terlalu tamak dan berfikiran singkat sehingga termakan pujukan, rayuan dan janji manis yang ditaburkan oleh penjual yang hanya mahu melariskan produk jualan mereka. Sasaran mereka adalah golongan yang mudah diperdaya dengan cukup sekadar menunjukkan barang-barang yang ‘branded’ termasuk kenderaan mewah untuk memancing mereka supaya membeli produk yang mereka jual.
Setelah produk dibeli dan pulangan yang diterima tidak setimpal dengan apa yang pelabur tersebut laburkan, bermulalah episod kedukaan dan penyesalan yang kadangkala boleh mendatangkan kemudaratan kepada pelabur tersebut.
Terdapat beberapa soalan yang patut seseorang pelabur dapatkan jawapan sebelum melaburkan wang fiat mereka untuk membantu mereka membuat pilihan pelaburan yang lebih baik. Admin LogamEmas akan menjawab soalan tersebut pada kedudukan admin sebagai pelabur+authorised dealer PG yang melabur didalam emas fizikal sebagai pilihan pelaburan. Terpulang kepada pembaca untuk menilai dan memberikan jawpan kepada soalan tersebut. Berikut adalah soalan-soalan yang patut dijawab oleh bakal pelabur :
  • Mengapa saya melabur?
Rata-rata jika soalan ini ditanya kepada semua orang, jawapan yang paling mudah diberikan adalah untuk mendapat duit. Jawapan yang admin akan berikan adalah kerana admin merancang untuk melabur untuk kesenangan di masa depan. Tujuan pelaburan adalah untuk jaminan kewangan yang kukuh terhadap inflasi yang sentiasa meningkat. Emas juga dijadikan sebagai penyimpan kekayaan dan harganya akan sentiasa naik.
  • Berapa lama tempoh saya boleh menyimpan pelaburan saya?
Setiap individu yang membuat pelaburan mempunyai sasaran tempoh masa untuk menyimpan wang dalam instrumen pelaburan. Samada jangka pendek, jangka sederhana atau jangka panjang. Sekiranya anda memilih untuk melabur dengan tujuan untuk mendapatkan untung dengan cepat, pelaburan emas fizikal bukanlah bidang yang anda hajati. Bagi admin, pelaburan emas fizikal ini adalah untuk pelaburan jangka panjang. Kenapa admin berkata begitu? Kerana disamping menyimpan, admin juga berniaga dengan menjual produk emas PG.Stok yang ada dalam simpanan, boleh di ‘rolling’ dan dijual COD atau Cash & carry kepada pelanggan. Mendapat keuntungan pasif dengan pada masa yang sama dapat menyimpan emas fizikal. Untung sangatkan?
  • Adakah ia sesuai dengan sumber kewangan saya?
Setiap pelabur mestilah membuat perkiraan dan anggaran perbelanjaan sebelum melaburkan semua wang fiat ke dalam bentuk pelaburan. Ini bagi mengelakkan ‘cash flow’ untuk perbelanjaan harian anda terganggu. Bagi admin, pelaburan emas ini sesuai dengan sumber kewangan yang admin ada kerana admin tidak menggunakan keseluruhan wang gaji bulanan yang admin ada untuk membeli emas fizikal. Admin menetapkan antara 70-80% daripada peruntukan simpanan bulanan admin untuk membeli emas. Perancangan kewangan yang betul haruslah dibuat untuk mengelakkan dari timbul masalah di kemudian hari.
  • Bolehkah saya tidur pada waktu malam?
Setiap pelaburan yang berisiko tinggi boleh menyebabkan pelabur tersebut terdedah kepada kerugian. Ada yang hanya rugi sedikit,dan tidak kurang juga yang boleh membawa kepada pengisytiharan kebankrapan.Wah…dasyat tu. Admin sendiri pernah mengalami situasi tidak dapat tidur malam apabila mengenangkan pelaburan tukaran matawang asing yang admin ceburi ada masanya hampir-hampir kepada Margin Call (Makcik Marginah nak panggil.. ) Ini berpunca dari kurangnya ilmu yang admin ada semasa baru-baru menceburi bidang tersebut. Jika pelaburan emas fizikal ni, tidak timbul kerisauan jika produk atau stok yang ada dalam simpanan tidak laku dijual. Apa nak dirisaukan?emas tidak akan ada tempoh expired, tak akan basi, atau pun berkulat jika terdedah kepada lembapan.Sebelum tidur, admin boleh belek-belek dan pegang emas yang admin ada sebab ada orang kata,aura emas ni kuat.terutama jika dapat pegang sendiri emas tersebut (kira macam terapi minda jugak la.hahaha…)
  • Bolehkah saya menjualnya kelak dengan mudah untuk mendapat keuntungan?
Persoalan in sering menjadi isu disebabkan ada yang berpendapat seperti berikut : “Er… Mat, ko ni dok jual emas dan suruh aku beli dan simpan. Tapi pada masa yang sama ko kata boleh jual untuk dapatkan untung.Kalau dah,jual,macamana nak simpan emas tu?Habislah semua emas yang ada dalam simpanan aku…”
Ada di antara pelabur yang berniat untuk membeli emas dan apabila harga sudah naik, mahu menjualnya untuk mendapatkan untung. Tidak kurang juga yang membeli dan menyimpan untuk kegunaan di masa depan. Sebenarnya, anda masih boleh mendapat keuntungan jika anda mahu dan pada masa yang sama anda tidak kehilangan semua emas yang ada salam simpanan.
Emas fizikal amat mudah dijual.Tanyalah sesiapa pun yang mempunyai wang,pasti mereka mahu membeli emas.Lebih-lebih lagi jika harga emas tu murah. Jika anda membeli emas Public Gold, anda boleh menjual semula kepada Authorised Dealer seperti admin atau pergi ke pejabat Public Gold yang berhampiran. Susut nilai dikira sebanyak 5-6% dari harga emas semasa.Tidak kiralah jika emas yang anda hendak jual sudah dikeluarkan dari sarung atau calar dan bengkok.Jika emas tersebut berada dalam keadaan yang kurang sempurna, pihak Public Gold cuma kenakan bayaran 0.5% sahaja.Murah betul….  Apa yang anda pelu buat untuk menjual semula emas produk PG yang anda telah beli, hanyalah membawa bersama sijil ketulenan yang telah disahkan oleh Assayer kepada pihak dealer atau Public Gold. Setelah harga dipersetujui dengan merujuk kepada harga di website PG.Emas dan wang fiat sudah boleh bertukar tangan.Mudahkan…? Anda juga boleh jualkan kepada pihak lain,tapi admin percaya harga belian semula yang ditawarkan adalah jauh lebih rendah berbanding pihak Public Gold tawarkan. Jangan terkejut jika ada yang menolak sehingga 25% dari harga semasa.Wah..banyak tu….
Jadi bagi anda yang masih ragu-ragu untuk memulakan pelaburan emas, bolehlah merujuk kepada soalan di atas.Jika anda telah berpuas hati dengan jawapan anda yang lebih menjurus kepada pelaburan emas fizikal,hubungi saya untuk urusan pembelian. Ilmu emas saya bagi free, emas anda kena beli.......
Sedutan dari Buku Masa Untuk Emas - Azizi Ali